Headkedaiwanita2u.gif
-
laman-utama.gif
 -
order-now.gif
 -
hubungi_kami.png
soalam_lazim.png
contoh_pembungkusan.png
 -

Untuk Bantuan :
Pn. Izan : 019-3874088
Email :
tanya@kedaiwanita2u.com

 -
Yahoo Messenger
-
Woman1.gif
Woman2-1.gif
Woman3-1.gif
Woman4.gif
Woman5-1.gif
Woman6.gif
Woman7-1.gif
Woman8.gif
Woman9.gif
-

 

  set-ibu-bersalin-confine-mum-leesa-formula.jpg

CONFINEMUM PREMIUM
SET BERSALIN LEESA FORMULA
Harga : RM 350.00 (Pos Percuma)

Set Bersalin Leesa Formula ConfineMum Premium boleh
digunakan oleh ibu bersalin normal dan pembedahan.
Bagi ibu yang bersalin normal dan pembedahan boleh menggunakan
kesemua produk set ConfineMum  Leesa Formula bermula
hari keempat selepas melahirkan. 

Peraturan untuk ibu bersalin secara pembedahan:
-Body Contour Gel - Sapu di perut, pinggul dan peha kecuali  tempat jahitan.
- Pek Tungku Herba - Jangan letakkan tungku di atas luka jahitan.
- Bengkung Correctuer - Boleh dipakai selepas 2 minggu
  melahirkan dan ikatan mengikut keselesaan individu.

Set bersalin Leesa Formula menggubah kembali resepi lama mengikut
gaya hidup dan keperluan generasi baru masa kini dengan cara yang
lebih mudah tanpa mengurangkan keberkesanannya Dari sumber semulajadi
tempatan, yang menjadi amalan pelbagai kaum.

Semua produk di dalam Set ConfineMum Premium dibuat dari sumber
yang telah digunakan sekian lama oleh pelbagai bangsa di Malaysia
seperti ikan haruan, herba `ubat periuk`, halia dan penggunaan bengkung
atau barut.Set yang lengkap, eksklusif serta istimewa dan menyeluruh.

Dengan 8 produk, ia memberikan penjagaan menyeluruh untuk kesihatan
dalaman dan kecantikan luaran ibu selepas melahirkan.
Fungsi 2-in-1 (dalaman & luaran).

Disamping menyihatkan peranakan dan badan, Set Bersalin Leesa Formula
(Set ConfineMum Premium) juga membantu memberikan kembali
bentuk badan yang langsing menawan. sangat Ringkas dan mudah di gunakan.

Ia tidak remeh, tiada bau, tak perlu dibancuh, tak berbau jamu
yang tengit, tak berdebu, tidak dipek mengikut minggu hingga
berbotol-botol dan menyukarkan kerana perlu diteliti terlebih
dahulu setiap kali sebelum digunakan.Sangat Praktikal dan tidak membazir.

Setiap produk yang ada dalam Set Bersalin Leesa Formula
(Set ConfineMum Premium) semuanya praktikal & penting untuk
digunakan dan selalunya set pasti habis digunakan sebaik selesai pantang,
Ia berbeza dengan jenama lain yang kadangkala memberi pelbagai produk
di dalam setnya, namun sukar diamal sehingga akhirnya ia tertinggal
begitu saja tanpa digunakan walaupun telah habis berpantang.

Senarai barangan Set Bersalin Leesa Formula(ConfineMum Premium)

 #  Produk
 1  Bengkung Correctuer
 2  Body Contour Gel
 3  Cotet Emas Uncang
 4  Ginger Cream
 5  Minyak Telon
 6  Pek Tungku Herba
 7  Tablet Haruan Complex
 8  Tablet Prawan

  Maklumat lanjut & cara penggunaan Set Bersalin Leesa Formula

Bengkung Correctuer

  bg_bengkung-1.jpg

Bengkung adalah amalan tradisi, di mana sekeping kain
(bengkung)diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin
(ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut
setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan.
Bengkung CORRECTEUR dari Leesa Formula adalah
singkatan 'Correct & Contour', khusus untuk
membentuk kembali dan merampingkan pinggang.
Fungsi
- Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang
  telah berkembang akibat hamil.
- Merampingkan kembali pinggang.
- Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
- Menaik dan membentuk kembali punggung.
- Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih
  makan.
- Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan
  ketika berpantang.
Cara Penggunaan
- Setelah menyapu Body Contour Gel Set Bersalin Leesa Formula
  di perut, pinggul dan peha, berdiri tegak dan letakkan
  bengkung dari bahagian belakang abdomen menghala kedepan
  dengan punca tali berada di bawah.
- Jika bengkung terlalu lebar, sila klim atau jahit di
  bahagian tengah bengkung.
- Lipat bahagian kanan kain ke dalam, manakala
  sebelah kiri kain di bahagian luar dengan punca tali
  yang kelihatan dibahagian bawahnya.
- Mula mengikat dengan memasukkan semua tali ke dalam lubang
  pertama yang berhadapan dengan punca tali, kemudian tarik
  sehingga ketat. Lakukan cara yang sama hingga dilubang kedua
  atas yang bertentangan (menjadikan ikatan bersilang),
  sehingga habis semua lubang diikat kejap.
- Setelah rasa cukup ketat dan selesa, simpulkan lebihan tali
  tadi di bawah ikatan bengkung.
  Pakai pada waktu pagi dan malam berterusan selama 40 hari.
  Jika bersalin secara pembedahan, gunakan selepas 2 minggu
  dan ikat mengikut keselesaan tanpa menyakitkan tempat   jahitan.

 Body Contour Gel

  bgcontour.jpg

Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran,
dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan
untuk memecah lemak, selulit dan lendir. Ia disapu sebelum
berbengkung di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan
kembali badan. Tanpa bau, tiada & mudah menyerap.
Fungsi
Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai
bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit
dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.
Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
Mengurangi stretch mark.
Cara Penggunaan
- Hanya picit sebesar duit 20 sen, jumlah yang cukup untuk
  sapuan di seluruh kawasan perut, pinggul dan paha.
  (Cuci tangan anda dengan sabun sebaik selepas menyapu gel
  ini untuk mengelakkan kepanasan yang melekat kepada
  bahagian lain badan).
- Sapu selepas mandi, pagi dan petang atau sebelum berbengkung.
- Tidak perlu menggosok lama atau mengurut pusingan
  jam kerana ia cepat dan mudah meresap.
- Sesuai juga untuk semua lelaki dan wanita yang tidak
  berpantang yang ingin mengempiskan perut
  dan merampingkan pinggang.

 Cotet Emas Uncang

emascotek.jpg

Uncang herba, khusus untuk minuman harian wanita, terutama ibu dalam pantang. Rasa yang enak dengan bau limau purut
yang harum. Cotet Emas Uncang adalah herba yang popular
dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita
dan sering digunakan terutama selepas bersalin.
Cotet Emas Uncang amat baik dijadikan minuman kerana
khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di
dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori,
manakala perisa semulajadinya yang menyerupai rasa
kayu manis amat digemari ramai dan produk herba ini
terdapat di set bersalin Leesa Formula.
Fungsi
Mengecutkan peranakan, memberi tenaga, menyihatkan tubuh,
merapatkan kembali vagina, bersifat antiseptik dan
mengurangi bau badan.
Cara Penggunaan
- Masukkan satu uncang ke dalam bekas dan tuangkan air panas.
- Biarkan seketika antara 3 hingga 5 minit.
- Boleh diminum panas atau sejuk.

 Ginger Cream

ginger-cream.jpg

Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini
adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium
Set Bersalin Leesa Formula yang tidak terdapat
pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk
memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan
amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia.
Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.
Fungsi
- Membuang angin dan mencegah angin dari memasuki badan.
- Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
- Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
- Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat
  karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu
  pencernaan.
- Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati
  lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan
  lendir dalam badan.
- Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia
  sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
- Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung
  serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
- Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita
  biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua
  kebaikan di atas.
- Baik untuk orang-orang tua yang mengalami lenguh
  dan sengal badan.
Cara Penggunaan
Boleh disapu sekerap yang diingini di mana-mana bahagian badan:
- Di dahi bagi mengganti pilis serta mengurangi pening kepala.
- Di hidung bagi memberi bau untuk mencegah rasa loya.
- Di kaki (sebelum berstokin.
- Di bahagian belakang bahu bagi membantu mencegah masuk angin,
  membuang angin serta menghangatkan badan.
- Dicampur dengan minyak urut untuk urut bersalin.

 Minyak Telon

 telon.jpg

Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin,
melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat
pada perut bayi.
Cara penggunaan
- Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki.
- Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan
  bila udara sejuk/dingin.
- Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala
  bayi kencing malam.
- Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki.
Jauhkan dari kanak-kanak dan untuk kegunaan luar sahaja.

 Pek Tungku Herba

tungkuleesa.jpg

Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif
Set Bersalin Leesa Formula yang diilhamkan dari amalan tradisi
masyarakat Thai, mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara,
limau purut, serai wangi dan camphor dalam bungkusan kain cotton,
berfungsi sebagai 'batu tungku', dipanaskan melalui
kaedah mengewap (steam) lalu tuam ke badan terutama perut.
Fungsi
Pek Tungku Herba mudah, ringkas dan sangat berkesan bagi:
- Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim &
  melancarkan pengeluaran darah kotor.
- Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang,
  melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.
Cara Penggunaan
- Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus
  dan masukkan air setengah periuk.
- Letakkan 1 bungkus Pek Tungku Herba di atas pengukus tersebut.
  Biarkan antara 5 - 15 minit
- Selepas mengeluarkan Pek Tungku Herba yang telah panas,
  sila masukkan Pek Tungku Herba ke 2 untuk dipanaskan.
- Pek Tungku Herba pertama yang sedang panas tadi dilap
  dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian
  dituam secara cepat di perut.
- Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan
  tempoh masa yang lebih lama disesuatu bahagian badan
  bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.
- Apabila telah sejuk, masukkan semula ke dalam periuk kukus
  dan ambil Pek Tungku Herba ke 2 yang telah panas utk digunakan.
- Ulang cara bertungku yang sama.

Tablet Haruan Complex

haruan2.jpg

Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak
yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan
luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin.
Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik.
Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine,
leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang
bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.
Tablet Haruan Complex adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih
yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia .
Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet,
jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.
Fungsi
- Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam
  (terutamanya wanita yang brsalin secara caesarian atau   pembedahan).
- Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
- Baik untuk wanita lepas bersalin, kanak-kanak, wanita dan lelaki
  untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas  pembedahan.
Cara Penggunaan
Digunakan secara tradisional untuk melegakan luka-luka kecil
dan untuk melancarkan penghadaman.
Aturan Pengambilan
Untuk ibu berpantang : Sehari sekali 2 biji selepas sarapan pagi,
bermula hari ke 4 sehingga sebulan
(tempoh yang cukup untuk memulihkan luka).
Untuk kegunaan lain : 2 biji sehari, bila-bila masa.

Tablet Prawan

prawan.jpg

Tablet Prawan dengan formulasi ubat periuk dari herba-herba
terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan
memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan.
Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawandan tablet ini terdapat di set bersalin Leesa Formula.
Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang
memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian
semua wanita walaupun bukan dalam pantang.
Fungsi
- Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
- Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
- Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
- Mencegah masalah meroyan.
- Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
- Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bias-bisa tulang.
Cara Penggunaan
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan.
Aturan Pengambilan
Ambil sehari sekali 2 tablet petang selepas makan dari
hari ke 4 hingga selesai pantang 44 hari.

 
laman-utama.gif
 
order-now.gif